Dapatkan Kupon PTS Sempena KL International Book Fair 2011!!!

Sunday, April 3, 2011

Demam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali ke 30...



Rebut peluang ini untuk memiliki buku-buku terhangat di pasaran dengan kadar harga yang murah!!!

Lawati booth PTS kerana mereka menyediakan tawaran dan aktiviti yang hebat!

Antara aktiviti PTS adalah:

22 April 2011 (Jumaat)

  • 2 - 3PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Indahnya Didikan Awal Cara Islam

Bersama Puan Mazidah & Dr. Noor Hisham di booth PTS.

  • 3 - 4PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Travelog Haji, Travelog Dakwah

Bersama Prof. Muhd Kamil

  • 4PM - 6PM
    Booth PTS

Demo Masakan: Chef Hanieliza

Demo masakan bersama Chef Hanieliza

23 April 2011 (Sabtu)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Seni Bahasa Badan & Kepimpinan Gaya Trump

Bersama Tn. Syahrul Nizam Junaini

  • 12 - 1PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Travelog Hidayah & Travelog Syahadah

Bersama Tn Rashidi Abdullah

  • 3 - 4PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Seni Bahasa Badan & Kepimpinan Gaya Trump

Bersama Tn. Syahrul Nizam Junaini & Tn Nazri Kadir

  • 3 - 4PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Seni Bahasa Badan & Kepimpinan Gaya Trump

Bersama Tn Syahrul Nizam Junaini & Tn Nazri Kadir

  • 4 - 5PM
    Booth PTS

Demo Melukis & Book Signing

Bersama Artis Komik-M

24 April 2011 (Ahad)

  • 11AM - 12PM
    Bilik Seminar Johor

Seminar Penulisan Surah Yusuf & Pelancaran Buku Menulis Novel Bestseller Melalui Teori Surah Yusuf

Bersama Puan Ainon (Pengerusi PTS), Tuan Abdul Latip (Pak Latip) & Tuan Bahruddin Bekri (Penulis PTS)

  • 12 - 1PM
    Booth PTS

Persembahan Nasyid: Kumpulan Raudhah & Leya

  • 2PM - 3PM
    Bilik Seminar Johor

Bual Bicara bersama A. Fuadi

Bersama A. Fuadi

  • 2PM - 3PM
    Bilik Seminar Johor

Bual Bicara bersama A. Fuadi

Bersama A. Fuadi

  • 4 - 5PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Motivasi Setengah Berisi, Setengah Kosong

Bersama Tuan Parlindungan

25 April 2011 (Isnin)

  • 12 - 1PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Kuiz: Motivasi Super

Bersama Tuan Fadzli Yusof

  • 3 - 5PM
    Booth PTS

Demo Masakan bersama Chef Arm

26 April 2011 (Selasa)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS

Aktiviti bersama Kanak-kanak

Pelbagai aktiviti menarik anjuran PTS Professional

  • 12 - 1PM
    Booth PTS

Cara Mudah Membuat Peta Minda, Melatih Bijak Berfikir & Merangsang Anak Menjadi Genius

Bersama PTS Professional

  • 3 - 5PM
    Booth PTS

Demo Masakan bersama Mama Fiza

27 April 2011 (Rabu)

  • 11AM - 1PM
    Booth PTS

Promosi Buku & Sesi Tandatangan

  • 2 - 3PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Motivasi Alihan Pelajar & MAP Gaya Smart Study

Bersama Dr. Tengku Asmadi

  • 3 - 4PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Motivasi Siri Smart Study & MAP Gaya Smart Study

Bersama Tuan Osman Affan

  • 4 - 5PM
    Booth PTS

Permainan: 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris

Bersama Coach Sha & Coach Ridz

28 April 2011 (Khamis)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS

Bicara Buku: Yakjuj Makjuj & Armageddon 2012

Bersama Pak Wisnu

  • 12PM - 1PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Permainan: Saya Remaja Inovatif

Bersama Tuan Naim Jaafar & Tuan Helmi

  • 2PM - 3PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Bomoh ke Tali Gantung

Bersama Dr Mahyuddin

  • 3PM - 4PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Tuan Zamri Mohd & Tuan Imran Yusof

29 April 2011 (Jumaat)

  • 11AM - 12PM
    Pentas Utama

Bual Bicara Bersama Pak Wisnu

Bersama Pak Wisnu; penulis buku PTS laku keras seperti Armageddon 2012, Yakjuj Makjuj & Alexander adalah Zulkarnain.

  • 11AM - 1PM
    Booth PTS

Demo Masakan bersama Chef Hussein

  • 2PM - 4PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Perangi Sihir

Bersama Dato Ansaruddin

  • 5 - 6PM
    Booth PTS

Eksperimen Sains Tim Best

Bersama Cik Puan Umi Danial

  • 5 - 6PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Sesi Tandatangan: 10 Tokoh Idola Muslimah

Bersama Ustazah Sakinah

  • 6PM - 7PM
    Pentas Utama

Bual Bicara bersama Dr. Danial Zainal Abidin

Bersama Dr Danial; penulis buku PTS terlaris seperti Quran Saintifik, Tip-tip Cemerlang daripada Quran dan Minda Muslim Super

30 April 2011 (Sabtu)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS

Permainan: Young Readers & Kids

Bersama karyawan PTS One

  • 12PM - 1PM
    Booth PTS

Pelancaran Buku: Penggunaan Kamera DSLR

  • 2PM - 3PM
    Pentas Utama

Pelancaran Novel Andrea Hirata

  • 4PM - 6PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Buku Soal Jawab Dr. Daniel

1 Mei 2011 (Ahad)

  • 11AM - 12PM
    Booth PTS

Bicara Buku & Sesi Tandatangan: Dato’ A Samad Said

  • 2PM - 3PM
    Booth PTS

Sesi Permainan & Tandatangan: Rose Harissa & Lily Haslina

  • 3PM - 4PM
    Booth PTS

Sesi Permainan bersama Penulis PTS One

Bersama Bahruddin Bekri, Ikmal Shah, Ainin Naufal dan Kusyi Hirdan

  • 5PM - 6PM
    Booth PTS

Demonstrasi Mekap & Fesyen: Majalah Untuk Si Gadis

Bersama karyawan PTS One

  • 5PM - 6PM
    Booth PTS

Permainan & Kuiz: Siri Motivasi Remaja Baru

Bersama Rose Harissa dan Lily Haslina

Sunday, February 6, 2011

Kan Senang!

"Assalamualaikum kawan-kawan! Hai, lama tak jumpa, apa khabar semua??"

"Wa'alaikum salam! kami sihat, alhamdulill
ah"

"Apa yang korang buat ni?"

"Kami tengah berbincang nak beli buku kegemaran kami. Tapi, tak tahu cara mudah untuk memiliki buku-buku tu. Sebabnya, kami tak ada kenderaan untuk ke kedai buku. Lagipun, kalau kami menaiki kenderaan awam, kami perlu memikirkan kosnya pula. Hai, pening kepala ni!"


" Alahai, sonang ajo tu. Apa yang susah, korang beli jer buku melalui online kan senang. Tak payah pikir pasal duit tambang dan lain-lain."

"Ha?? ada ker kedai buku online?
?"

"Mestilah ada! korang klik ajer Kedai-Buku.com ni, dan mula lah memilih dan membeli buku! Kan senang!"

"Habis, macam mana nak dapat bukunya?
?"

"Alah, nanti, pihak Kedai-Buku.com akan pos lah kepada korang semua setelah pembayaran dibuat. Bayarannya
sangat fleksible. Korang boleh buat bayaran melalui Maybank2U, CIMB, dan Bank Islam." " Senangnyer!Kalau macam tu, aku bolehlah beli buku kegemaran aku tu!"



Kedai-Buku.com memulakan operasi rasmi pada 1.1.2009 dengan menerima pesanan online dari dalam negara dan juga dari serata dunia. Pengalaman lebih 2 tahun menguruskan pesanan ke luar negara dengan KedaiPerantau.net adalah kelebihan kepada Kedai-Buku.com. Ditambah lagi dengan pelbagai checkout pembayaran yang lebih fleksibel iaitu Maybank2U, CIMB, Bank Islam untuk pembayaran dalam Ringgit Malaysia, European Bank Transfer (SWIFT IBAN) yang percuma cajnya kepada penduduk di Eropah dan Paypal yang merupakan option gateway paling popular di seluruh dunia.

Pada awalnya, KedaiPerantau.net hanya menjual buku-buku dari Jemari Seni Publishing sahaja. Oleh kerana permintaan dari pelanggan sedia ada agar menambah juga buku terbitan syarikat lain, maka pihak pengurusan mengambil langkah membina laman web khas untuk menjual buku-buku hasil dari karya rakyat Malaysia secara online. Dengan adanya Kedai-Buku.com, peminat buku bahasa Melayu terutamanya berpeluang dengan lebih mudah mendapatkannya.

Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan lagi bahasa Malaysia khususnya.

Berikut adalah antara buku-buku yang anda boleh perolehi di Kedai-Buku.com, terdapat banyak lagi buku-buku yang boleh didapati.







Salam Mesra, Salam Membaca!

Friday, January 28, 2011

Selamat Hari Jadi Farah


Hari ini, genap umurku 22 tahun. Tak kusangka, aku dapat hidup selama 22 tahun di atas muka bumi Allah. Subhanallah. Alhamdulillah.
Apa yang akan terjadi 20 tahun akan datang aku juga tidak tahu. Ketahuilah, Allah Maha Mengetahui.
Kuberdoa agar dengan nikmat usia yang muda dan sihat walafiat ini aku mampu mendidik diri untuk menjadi yang lebih baik. Insya Allah.
Kuberdoa agar aku dapat memperoleh keputusan yang terbaik dan keluar dari UPM dengan penuh kesyukuran.
Kuberdoa agar Allah swt menemukan kebahagiaan yang hakiki...
Ku juga berdoa agar keluarga ku memperoleh kehidupan yang lebh baik.

Terima kasih Ibu kerana telah, melahirkan aku, mendidik ku, menyayangi ku bagai menatang minyak yang penuh.
Terima kasih Ayah atas rezeki yang telah kau berikan, didikan dan penjagaan mu yang baik selama 22 tahun...
Terima kasih adik-adik ku kerana menyayangi kakak mu..
Terima kasih sahabat yang masih mengingatiku, semoga kalian dirahmati Allah...

Alhamdulillah, Sanah Helwah Farahana Binti Nadzri....

Sunday, January 16, 2011

Aku Dibius Cinta!!!


Saya daa ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


Aiyaak, tapikan saya x cukup duit laaaa nak kawin..huhuhu


“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.


Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin,
tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas arr saya nanti T_T


Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Al Insyirah : 5-6
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live

without him/her..



“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari


Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa
dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon
berdua2an…


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim


Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya

pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia
seorang je yang boleh terima saya..


“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21


Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!


Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami


duhai pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd Kesimpulannya


Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan..


Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…


setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah..

Friday, December 17, 2010

Kisah Aku di Kursus Induksi AJKO KMPK & Malam Interpretasi Harapan


Pada 10 disember hingga 12 disember yang lalu, aku telah menyertai KURSUS INDUKSI AJKO & MALAM INTERPRETASI HARAPAN KOLEJ MATRIKULASI PERAK. kursus ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan pelapis pemimpin dalam Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melatih AJKO (Ahli Jawatankuasa Orientasi) baru dalam mengendalikan Majlis Orientasi yang akan datang. Manakala, tujuan dan niat aku menyertai kursus ini adalah untuk mencari ilmu dan pengalaman. Aku juga tidak mahu ketinggalan dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Alumni KMPk. KMPk memberi 1001 kenangan kepadaku dan sahabat-sahabat. Suka, duka, pahit manis kutempuhi di KMPk selama 2 tahun hanya diriku, Tuhan dan sahabat seperjuangan yang tahu. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti ini, aku juga telah mencipta memori baru. Di sini kuselitkan gambar-gambar sepanjang kursus ini berlangsung.


Hari ke2: Berkumpul sebelum bertolak ke Gua Tempurung.

Berposing di tepi bas KMPK. Dari kiri: Shera, Mai, Nadya dan Farah.

Dah sampai pon Gua Tempurung...

Semasa di dalam Gua Tempurung. Seronok!

Alumni lelaki mendengar penerangan daripada 'Pegawai Gua Tempurung'Hide & Seek: Kat dalam gua ni ada macam-macam bentuk. Cuba cari bentuk apa yang ada dalam gambar nie???

Tiba waktu yang ditunggu-tunggu, Malam Interpretasi Harapan. Dinner di Grand Hotel, Kampar.

Malam Interpretasi Harapan

Cabutan Bertuah tak dapat, kita makan steamboat!

Bergambar bersama sahabat-sahabat yang hadir.Selepas majlis, bergambar bersama senior alumni yang hadir.

Teraju Utama & Peserta Kursus Induksi AJKO

Sekian, Memori Tercipta!

Thursday, December 9, 2010

Kisah Aku di Kem Kepemimpinan Ayer, Kolej Kedua.

27 November - 1 Disember 2010: Kem Kepemimpinan Ayer 28 Kolej Kedua.

Kenapa namanya Kem Kepemimpinan Ayer 28 Kolej Kedua??
Sebab 1: Ia merupakan sejenis Kem Kepemimpinan. Melatih peserta menjadi pemimpin... Insya Allah. Semoga peserta menjadi pemimpin berkebolehan... Amin.. sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri...
Sebab 2: Dua hari satu malam dari kem ini dibuat di Hutan Simpan UPM, Ayer Keroh, Puchong...
Sebab 3: Kem ni adalah kali ke-28 diadakan.
Sebab 4: Kem ni diadakan oleh Kolej Kedua.
Maka, jadilah Kem Kepemimpinan Ayer 28, Kolej Kedua...

Macam aku pulak yang buat kem nih... Oh tidak... aku peserta jer....

Hari pertama, biasalah mesti UPACARA PEMECAHAN ICE BERG! yang dikenali juga dengan ICE BREAKING... boleh juga diterangkan sebagai sesi perkenalan antara fasi dengan peserta dan peserta dengan peserta. Peserta di bahagikan mengikut kumpulan yang diberi nama mengikut tema iaitu BENCANA ALAM. Kumpulan aku kumpulan MERAPI MELETUPZZZ... meletopzzzz tak?? Selain daripada aku, group ni terdiri daripada Tee(ketua kumpulan), Alah, Najmi, Din, Aimi, dan Adib (Adiba). Setiap daripada kami mempunyai identiti tersendiri yang mewakili diri. Macam aku, aku sebagai rumput, yang memberi sokongan kepada tumbuhan-tumbuhan besar. Tanpa aku, pokok-pokok akan terkulai layu... Secara signifikannya aku memberi sokongan padu kepada sahabat-sahabat untuk mencapai kejayaan di dalam kumpulan ini. Meletopzzz tak???

Kemudian kami membina satu bendera yang melambangkan kumpulan kami. Dan setiap ahli kumpulan dipakaikan headband yang tertulis nama masing-masing. Kami juga diberi amanah yang perlu dijaga. Barang-barang amanah kami seperti: telur burung puyuh yang mentah, fail, dan headband. kami juga diberi peraturan yang perlu di patuhi setiap peserta. Peraturan itu ditanda tangani oleh wakil peserta. Sekiranya peraturan itu dilanggari oleh peserta, tidak kira seorang mahupun berkumpulan, peserta akan dikenakan hukuman... Ha.... MELETOPZZ ker tak MELETOPZZZ?! [Alhamdulillah, kini aku telah melepasi azab itu...Bersyukurnya tak terkira. Apa pun memori tercipta! Syok habis!]

Lepas tu ktorang dgr ceramah kepemimpinan.
Ada 3 jenis pemimpin: Le'ze Faire, Autokrasi, Demokrasi. Dalam ceramah tu kitorang main PIT STOP. Setiap ahli kumpulan ada tugas tersendiri. Ada yang perlu menukar tayar, mengisi minyak dan jet. "KERETA " kumpulan mana yang sampai ke garisan penamat pada masa yang singkat akan menang. Faham tak?? mesti tak faham... tak per, aku faham sorang pun tak per...
Tujuan permainan ini adalah untuk menguji sifat kepemimpinan dalam diri. Dalam permainan ini, aku fail...tertuang minyak (air) dalam tank oil (mulut) secara berlebihan... haha kenyang air budak tu...ok, habis kat situ.

Slot seterusnya ialah slot BIDAS MEMBIDAS, ataupun juga dikenali sebagai BERDEBAT. Mula-mula berdebat antara ahli kumpulan. Tajuknya: Pendidikan Seks Wajar Dilaksanakan. Oh aku fail bab-bab membidas nih... akhir sekali, peserta yang terpilih akan berbalas bidasan dengan barisan MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) . So, seperti dikatakan sebelum ini, aku kan rumput, so support jer lah kawan-kawan... mungkin bakat aku kat tempat lain... cari lagi...
Bidas membidas ini sangat penting untuk menjadi pemimpin. Maksud aku bukan bidas memukul, tetapi bidas berdebat untuk menegakkan keadilan atau hak yang sebenar.

Dalam kem ini, dua permainan yang aku suka ialah GAME TEKA PEMIMPIN. Ianya seperti permainan regu. Seorang ahli kumpulan perlu membuat isyarat mengenai pemimpin yang disuruh teka kepada ahli kumpulan yang lain. Tapi, pemberi isyarat hanya boleh memberi isyarat yang telah ditetapkan oleh fasi sama ada ahli kumpulan menjawab betul atau salah.

Permainan kedua ialah GAME MAFIA. Dalam satu kumpulan akan dipilih seorang MAFIA dan akan 'membunuh' ahli kumpulan yang lain ketika mereka sedang tdur (tutup mata). Setelah hari siang, ahli kumpulan berjaga dan perlu memilih pembunuh atau MAFIA yang sebenar. Sekiranya salah, mangsa akan mati atau pun terkeluar dari permainan.

Selain itu, aktiviti yang paling aku suka dan memberi pengalaman ialah Appretice. Kami diberi RM50 sebagai modal dan perlu berniaga atau bekerja di kawasan Seri Serdang. Duit itu tidak boleh berkurang daripada yang telah diberikan dan mesti bertambah. Jadi, kami sekumpulan telah membuat keputusan untuk bekerja. 4 orang di antara kami bekerja di kedai makan dan 3 orang dari kami bekerja upah membersihkan halaman rumah di kawasan perumahan yang berdekatan. Pengalaman mereka bertiga sangat mendebarkan dan melucukan kerana dikejar anjing. Walaupun aku tidak berada di situ, namun aku boleh membayangkan betapa cemasnya apabila dikejar anjing. Di kedai makan pula, kami mengambil order, menyambut pelanggan, mencedok nasi, membasuh kuali, dan mengupas bawang. Setelah dikira jumlah wang yang kami dapat ialah RM105.oo. Alhamdulillah...

Seterusnya kami bermain Treasure Hunt. Kawasannya adalah kawasan Treasure Hunt terbesar yang pernah aku main. Entah berapa kilometer kitorang berjalan untuk mencari klu seterusnya... [Alhamdulillah sekali lagi.. azab itu telah aku lalui dengan tabah dan sabar....]

Hari berikutnya kami berkhemah di Bukit Expo. Di bukit Expo, kami menjalankan aktiviti seperti merangka kertas kerja aktiviti di Kolej Kedua. Kemudian Blind Train. Merupakan antara Blind Train yang mencabar bagi aku. Entah apa yang aku rempuh aku pun tak tau... sebab berjalan dalam gelap sambil mata ditutup. hmp... alhamdulillah, juga ditempuhi dengan sabar dan 'cool bebeh!'

Hari seterusnya barulah kitorang bertolak ke Hutan Simpan UPM di Ayer Itam , Puchong. Sesampainya di sana kami perlu membina khemah tentera yang cukup besar bagi aku. Dan itulah kali pertama aku membinanya... errrr... tapi sebenarnya budak lelaki yang banyak berusaha membina khemah tu... kami orang pompuan menolong yang ringan-ringan ajer...

Waktu malam pula adalah masa kitorang membuat persembahan Malam Kebudayaan. Semua persembahan bertemakan nama kumpulan. Kesemua persembahan sangat menghiburkan. Tak kering gusi dengan gelak tawa.

Hari terakhir kami melangkah kaki untuk JUNGLE TRACKING. Kitorang sampai di satu destinasi yang sangat aku kagumi dengan keindahan ALAM CIPTAAN ALLAH... sangat cantik! SUBHANALLAH...

Kem ini berakhir dengan Majlis Penutup yang diuruskan sendiri oleh para peserta. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik...Dan kitorang pulang ke Kolej Kedua dengan selamat.

Akhir sekali, diucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kem ini...

P/s: Gambar akan diupload kemudian
Sekian, Memori Tercipta!

Friday, November 26, 2010

Kisah Aku di Kem Putra Soleh



"Sesegar hijau daunan,
begitulah kita diibaratkan
tiada siapa yang bisa memisahkan kita
antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara..."


Alunan lagu inilah yang melambangkan ukhuwah yang terjalin antara kami di KEM PUTRA SOLEH pada 22-24 nov baru-baru ini.Dalam mencari keredhaan Allah, aku harus berusaha mencari ilmu dan menimba pengalaman dalam mencari erti sebenar keredhaan Allah itu. Maka, roh dan jasadku melangkah mengikuti Kem Putra Soleh ini.

Pada hari pertama, aktiviti Ta'aruf dengan ahli kumpulan dan fasilitator.Kumpulan aku terdiri daripada Azimin (ketua), Nadiah, Shzwani, Naziah, Salihah, dan Safikah. Manakala fasilitator kami ialah Kak Izzah dan Akhi Zakuan. Dalam LDK 1 (Latihan Dalam Kumpulan) kami diberi tugasan untuk melukis benda atau perkara yang melambangkan diri setiap daripada kami dan gambar muka kami sendiri. Kemudian kami perlu menerangkan gambar yang telah dilukis.


Aku melukis gambar sungai yang mengalir melambangkan diri aku. Nak tau kenapa? Salah satu sebabnya ialah kami berbincang di kawasan sungai. Maklumlah, kem ini diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor. Jadi automatiknya otak aku memberi maklumat untuk melukis sebatang sungai yang dikelilingi oleh pokok-pokok hijau dan dihiasi dengan batu-batu sungai. Ha... boleh bayang tak macam mana aku lukis??? Kalau boleh bayang alhamdulillah.
Tahu tak apa maksud di sebalik lukisan sungai itu? Meh sini aku terangkan. Dikatakan anak pertama berunsur tanah, anak kedua berunsur air, anak ketiga berunsur api dan anak keempat berunsur angin. Aku ni anak kedua, maka air lah unsur pilihan... Air melambangkan ketenangan. Selalunya aku tenang, mungkin juga pendiam. "Well, cool bebeh!". Tapi bila banjir melanda, aku mungkin gelabah. Dan satu hari Tsunami melanda, aku akan naik darah di mana dengan tidak semena-mena aku boleh memarahi orang tanpa signal. Tapi jangan kecut pulak perkara ini jarang-jarang berlaku. Dalam setahun tu adalah 2-3 kali jer kowt... Lebih mudah lagi kalau aku katakan: Air yang tenang, jangan sangka tiada buaya. Akhir sekali, air juga melambangkan diri aku yang mudah berubah mengikut keadaan. Tapi aku memerlukan masa untuk meng'adapt'kan diri dengan keadaan sekeliling. Hmmm.. itulah serba sedikit tentang diri aku mengikut unsur air.

P/S: jangan percaya sangat tentang unsur yang dikatakan, ianya hanya teori semata-mata...


Dalam LDK yang sama juga kami diberi tugasan untuk melukis bendera kami sendiri. Atas gabungan lukisan ahli kumpulan, maka, terjadilah bendera yang lebih kurang macam bendera sekolah... Kumpulan kami diberi nama UKHUWAH yang bermaksud ikatan persaudaraan. Semoga ukhuwah yang terjalin kekal selepas menyertai kem ini.

Semasa berada di kem ini, salah satu sunnah Rasulullah iaitu makan di dalam talam dijadikan amalan dan budaya. Untuk pengetahuan, makan dalam talam ada peraturannya. Mula-mula baca doa sebelum makan. Kemudian, suapan pertama perlu disuapkan kepada sahabat setalam. Makanan di dalam talam itu wajib dihabiskan. Setelah habis, lagi satu sunnah Rasulullah ialah menjilat-jilat hujung jari tangan kanan. Kemudian, baca doa selepas makan dan talam dibasuh dengan bersih.

Bagi sesiapa yang tiada pengalaman makan di dalam talam, pasti anda berasa janggal. mungkin ada yang menganggap kotor, kerana berkongsi makanan, ada yang tidak selesa, dan sebagainya. Kalau korang nak tahu, makan dalam talam ini banyak kebaikannya.

Kebaikan makan di dalam talam:
  • Makanan terasa lebih enak
  • Mewujudkan sifat kasih sayang
  • Bertolak ansur
  • Mengelakkan pembaziran
  • Memudahkan pembersihan talam. Tidak perlu membasuh pinggan yang banyak
Untuk sesiapa yang mengatakan ianya kotor, setakat ini alhamdulillah belum ada kes penyakit berjangkit atau keracunan makanan disebabkan makan di dalam talam. Sunnah Rasulullah pasti ada beribu kebaikannya sekiranya kita mengamalkannya.

Nabi saw, pernah bersabda: "Barangsiapa yang mengikuti sunnahku, beerti dia cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku."

Kembali kepada ceritera Kem Putra Soleh, di sini, kami wajib menunaikan solat berjemaah setiap waktu solat. Berzikir dan berdoa kepada Allah bersama cengkerik, katak, burung-burung, pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan, tiupan angin dan derusan air sungai yang mengalir di sekeliling kami. Terasa indah, nyaman, dan tenang berada di sini. Bersyukur dan banggaNya aku dengan alam ciptaan Allah yang menakjubkan itu. Subhanallah!

Pada waktu petang ami beriadah , dengan bermain goleng-golek gelong. Permainan ini seperti permainan bola sepak. Para pemain perlu menggolekkan gelung sehingga masuk ke dalam gol. Dalam perjalanan memasukkan gol itu, para pemain perlu mengatasi pihak lawan.

Aktiviti diteruskan dengan sesi ceramah bersama Dr Mat Rofa. Tajuk yang dibincangkan ialah Aqidah dan Ideologi. Terdapat beberapa ideologi yang telah diciptakan oleh orang Yahudi untuk memporak perandakan manusia. Antaranya ialah:
sekularisme
kapitalisme
komunisme
nasionalisme
liberalisme
hidonisme
sosialisme
darwinisme
Untuk hari pertama, kami berakhir dengan minum malam. Sebelum waktu tidur, kami diwajibkan untuk membaca surah al-Mulk. Ini juga menjadi amalan di sini.

Pada pukul 4.00 pagi para peserta bersama-sama berqiamullail, bersolat dan menuanikan solat Subuh berjemaah. Setelah solat subuh, kuliah subuh pula diberikan. Kemudian, diikuti dengan riadah dan jungle tracking.

Pengalaman jungle tracking di sini sangat mencabar. Kami perlu mendaki bukit yang curam, lecah, jalan yang sempit, sungai, hutan banat, dan sebagainya untuk sampai ke destinasi. Dalam mengharungi cabaran melintasi hutan banat itu, kumpulan aku dan dua lagi kumpulan hilang jejak. Kami terpaksa berpatah balik mencari jalan yang sebenarnya. Semasa dalam perjalanan itu, aku tergelincir akibat bukit yang curam dan licin. Alhamdulillah sempat diselamatkan oleh sahabat sekumpulan. Begitulah di dalam kehidupan, sahabat sekeliling sangat penting untuk membantu dan menyelamatkan kita tatkala kita sendiri tergelincir dalam mendepani ranjau hidup ini. Apabila tersesat pula, kita perlu berpatah balik dalam mencari jalan yang sebenar dan sabar menghadapi ujian Allah yang penuh dengan 'lecah', 'sungai deras', 'bukit curam', 'jalan sempit', 'hutan banat' dan sebagainya. Itulah kehidupan. Asam garam, pahit manis kehidupan. Itulah juga nikmat Allah berikan kepada kita.

Setelah menyusuri hutan banat, kami akhirnya sampai ke destinasi. Di sinilah kami mengisi perut dengan nasi yang telah disediakan dan menunaikan solat fardhu zuhur berjemaah berbumbungkan langit, berlantaikan bumi. Setelah menunaikan kewajipan solat, kami dikehendaki melukis bendera yang telah dibincangkan semalam. Dalam asyik mewarnakan bendera, tiba-tiba beberapa titisan air jatuh ke atas hamparan bendera yang belum lagi siap diwarnakan. Rupa-rupanya hujan mula memberikan petandanya untuk membasahi bumi. Dengan petanda itu, Pengarah Kem Putra Soleh memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan ke kawasan air terjun. Kami berkumpul untuk bertolak pulang ke kawasan penempatan kami. Hujan pada waktu itu sangat lebat. Sesampainya di kem, kami kebasahan. Tak dapat mandi air terjun dari bukit, air terjun dari langit pon jadilah!

Kem Putra Soleh tidak berhenti sampai di situ. Setelah mempersiapkan diri, aktiviti diteruskan dengan malam kebudayaan islam. Kami dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tajuk yang telah diberikan. Ada yang memberikan persembahan sketsa, pentomen, berbalas pantun, dan ada juga yang berforum. Kumpulan kami membuat persembahan lain daripada yang lain. Nak kata menyanyi bukan, nak kata bercerita pun bukan,pendek kata macam coral speaking lah...Kami mendapat tajuk Kapitalisme.

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin.

Setelah tamat membuat persembahan, kami pun tidur dengan lenanya kerana keletihan. Eh, jangan lupa! Bacaan al-Mulk harus dibaca sebelum tidur.

Pada pukul 3.00 pagi kami dikejutkan untuk sesi Night Walk. Mata ditutup dengan kain. Tangan dipegang erat oleh sahabat sekumpulan dan kami ditarik seperti ala-ala cerita Ali Baba Bujang Lapok. Di mana apek ditarik oleh Marjinah sambil tutup mata. Oh, bukan itu yang ingin diceritakan. Kami ditinggalkan berseorangan di suatu kawasan yang tidak diketahui.
Zikir dan doa menjadi peneman di kala keseorangan. Terdengar pelbagai bunyi-bunyian disekeliling. ada yang menyeramkan.Ada bunyi dentuman yang tak diketahui, bunyi khinzir dan sebagainya. Aku hanya mendiamkan diri. Setelah beberapa ketika, kami mendapat arahan untuk membuka penutup mata dan berkumpul semula. Baru kutahu kami diletakkan berseorangan di dalam kawasan yang sama iaitu tempat kami berkumpul dan bunyi-bunyian itu hanya dibuat-buat oleh fasilitator untuk menguji ketahanan mental para peserta. Night walk ini bertujuan untuk melatih diri peserta dengan menyerahkan segalanya kepada Allah swt. Berlindung hanya kepada Allah.

Kemudian para peserta berqiamullail dan kuliah subuh diberikan. Insya Allah, moga apa yang disampaikan memberi makna kepada para peserta.

Aktiviti terakhir di Kem Putra Soleh ialah Explore Race. Terdapat 5 check point. Di setiap check point ada tugasan dan amanah yang diberikan. Explore race kali ini sangat memberi manfaat kepadaku. Berbanding dengan explore race yang aku sertai sebelum ini hanya ingin mem'buli' dan tiada manfaat langsung. Secara keseluruhannya, kami mempelajari sifat sabar dalam menerima cabaran, ikatan ukhuwah , pengertian pembersihan jiwa, aqidah (Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui), cara dakwah berkesan, menepati dan menggunakan masa dengan betul dan banyak lagi yang kami pelajari. Akhir sekali , setiap amanah yang diberikan di setiap check point perlu digabungkan untuk menyediakan satu menu makanan tengah hari iaitu kari telur. Di dalam tugasan ini, kami diuji bagaimana untuk membina satu pengkhususan kerja yang terbaik supaya dapat menghasilkan masakan yang terbaik.

Kem Putra Soleh ditutup dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah. Akhir sekali, bacaan doa Rabitah berjemaah. Bacaan Doa Rabitah sangat menyentuh hati dan juga terasa gerun tatkala mukmin melafazkannya dengan penuh kesungguhan di hati. Bergetar jiwaku apabila mendengarnya. Nak tahu apa rasanya??? Jom, sertai KPS di musim akan datang!

P/S: gambar akan diupload kemudian...