Dapatkan Kupon PTS Sempena KL International Book Fair 2011!!!

Thursday, December 9, 2010

Kisah Aku di Kem Kepemimpinan Ayer, Kolej Kedua.

27 November - 1 Disember 2010: Kem Kepemimpinan Ayer 28 Kolej Kedua.

Kenapa namanya Kem Kepemimpinan Ayer 28 Kolej Kedua??
Sebab 1: Ia merupakan sejenis Kem Kepemimpinan. Melatih peserta menjadi pemimpin... Insya Allah. Semoga peserta menjadi pemimpin berkebolehan... Amin.. sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri...
Sebab 2: Dua hari satu malam dari kem ini dibuat di Hutan Simpan UPM, Ayer Keroh, Puchong...
Sebab 3: Kem ni adalah kali ke-28 diadakan.
Sebab 4: Kem ni diadakan oleh Kolej Kedua.
Maka, jadilah Kem Kepemimpinan Ayer 28, Kolej Kedua...

Macam aku pulak yang buat kem nih... Oh tidak... aku peserta jer....

Hari pertama, biasalah mesti UPACARA PEMECAHAN ICE BERG! yang dikenali juga dengan ICE BREAKING... boleh juga diterangkan sebagai sesi perkenalan antara fasi dengan peserta dan peserta dengan peserta. Peserta di bahagikan mengikut kumpulan yang diberi nama mengikut tema iaitu BENCANA ALAM. Kumpulan aku kumpulan MERAPI MELETUPZZZ... meletopzzzz tak?? Selain daripada aku, group ni terdiri daripada Tee(ketua kumpulan), Alah, Najmi, Din, Aimi, dan Adib (Adiba). Setiap daripada kami mempunyai identiti tersendiri yang mewakili diri. Macam aku, aku sebagai rumput, yang memberi sokongan kepada tumbuhan-tumbuhan besar. Tanpa aku, pokok-pokok akan terkulai layu... Secara signifikannya aku memberi sokongan padu kepada sahabat-sahabat untuk mencapai kejayaan di dalam kumpulan ini. Meletopzzz tak???

Kemudian kami membina satu bendera yang melambangkan kumpulan kami. Dan setiap ahli kumpulan dipakaikan headband yang tertulis nama masing-masing. Kami juga diberi amanah yang perlu dijaga. Barang-barang amanah kami seperti: telur burung puyuh yang mentah, fail, dan headband. kami juga diberi peraturan yang perlu di patuhi setiap peserta. Peraturan itu ditanda tangani oleh wakil peserta. Sekiranya peraturan itu dilanggari oleh peserta, tidak kira seorang mahupun berkumpulan, peserta akan dikenakan hukuman... Ha.... MELETOPZZ ker tak MELETOPZZZ?! [Alhamdulillah, kini aku telah melepasi azab itu...Bersyukurnya tak terkira. Apa pun memori tercipta! Syok habis!]

Lepas tu ktorang dgr ceramah kepemimpinan.
Ada 3 jenis pemimpin: Le'ze Faire, Autokrasi, Demokrasi. Dalam ceramah tu kitorang main PIT STOP. Setiap ahli kumpulan ada tugas tersendiri. Ada yang perlu menukar tayar, mengisi minyak dan jet. "KERETA " kumpulan mana yang sampai ke garisan penamat pada masa yang singkat akan menang. Faham tak?? mesti tak faham... tak per, aku faham sorang pun tak per...
Tujuan permainan ini adalah untuk menguji sifat kepemimpinan dalam diri. Dalam permainan ini, aku fail...tertuang minyak (air) dalam tank oil (mulut) secara berlebihan... haha kenyang air budak tu...ok, habis kat situ.

Slot seterusnya ialah slot BIDAS MEMBIDAS, ataupun juga dikenali sebagai BERDEBAT. Mula-mula berdebat antara ahli kumpulan. Tajuknya: Pendidikan Seks Wajar Dilaksanakan. Oh aku fail bab-bab membidas nih... akhir sekali, peserta yang terpilih akan berbalas bidasan dengan barisan MTM (Majlis Tertinggi Mahasiswa) . So, seperti dikatakan sebelum ini, aku kan rumput, so support jer lah kawan-kawan... mungkin bakat aku kat tempat lain... cari lagi...
Bidas membidas ini sangat penting untuk menjadi pemimpin. Maksud aku bukan bidas memukul, tetapi bidas berdebat untuk menegakkan keadilan atau hak yang sebenar.

Dalam kem ini, dua permainan yang aku suka ialah GAME TEKA PEMIMPIN. Ianya seperti permainan regu. Seorang ahli kumpulan perlu membuat isyarat mengenai pemimpin yang disuruh teka kepada ahli kumpulan yang lain. Tapi, pemberi isyarat hanya boleh memberi isyarat yang telah ditetapkan oleh fasi sama ada ahli kumpulan menjawab betul atau salah.

Permainan kedua ialah GAME MAFIA. Dalam satu kumpulan akan dipilih seorang MAFIA dan akan 'membunuh' ahli kumpulan yang lain ketika mereka sedang tdur (tutup mata). Setelah hari siang, ahli kumpulan berjaga dan perlu memilih pembunuh atau MAFIA yang sebenar. Sekiranya salah, mangsa akan mati atau pun terkeluar dari permainan.

Selain itu, aktiviti yang paling aku suka dan memberi pengalaman ialah Appretice. Kami diberi RM50 sebagai modal dan perlu berniaga atau bekerja di kawasan Seri Serdang. Duit itu tidak boleh berkurang daripada yang telah diberikan dan mesti bertambah. Jadi, kami sekumpulan telah membuat keputusan untuk bekerja. 4 orang di antara kami bekerja di kedai makan dan 3 orang dari kami bekerja upah membersihkan halaman rumah di kawasan perumahan yang berdekatan. Pengalaman mereka bertiga sangat mendebarkan dan melucukan kerana dikejar anjing. Walaupun aku tidak berada di situ, namun aku boleh membayangkan betapa cemasnya apabila dikejar anjing. Di kedai makan pula, kami mengambil order, menyambut pelanggan, mencedok nasi, membasuh kuali, dan mengupas bawang. Setelah dikira jumlah wang yang kami dapat ialah RM105.oo. Alhamdulillah...

Seterusnya kami bermain Treasure Hunt. Kawasannya adalah kawasan Treasure Hunt terbesar yang pernah aku main. Entah berapa kilometer kitorang berjalan untuk mencari klu seterusnya... [Alhamdulillah sekali lagi.. azab itu telah aku lalui dengan tabah dan sabar....]

Hari berikutnya kami berkhemah di Bukit Expo. Di bukit Expo, kami menjalankan aktiviti seperti merangka kertas kerja aktiviti di Kolej Kedua. Kemudian Blind Train. Merupakan antara Blind Train yang mencabar bagi aku. Entah apa yang aku rempuh aku pun tak tau... sebab berjalan dalam gelap sambil mata ditutup. hmp... alhamdulillah, juga ditempuhi dengan sabar dan 'cool bebeh!'

Hari seterusnya barulah kitorang bertolak ke Hutan Simpan UPM di Ayer Itam , Puchong. Sesampainya di sana kami perlu membina khemah tentera yang cukup besar bagi aku. Dan itulah kali pertama aku membinanya... errrr... tapi sebenarnya budak lelaki yang banyak berusaha membina khemah tu... kami orang pompuan menolong yang ringan-ringan ajer...

Waktu malam pula adalah masa kitorang membuat persembahan Malam Kebudayaan. Semua persembahan bertemakan nama kumpulan. Kesemua persembahan sangat menghiburkan. Tak kering gusi dengan gelak tawa.

Hari terakhir kami melangkah kaki untuk JUNGLE TRACKING. Kitorang sampai di satu destinasi yang sangat aku kagumi dengan keindahan ALAM CIPTAAN ALLAH... sangat cantik! SUBHANALLAH...

Kem ini berakhir dengan Majlis Penutup yang diuruskan sendiri oleh para peserta. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik...Dan kitorang pulang ke Kolej Kedua dengan selamat.

Akhir sekali, diucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kem ini...

P/s: Gambar akan diupload kemudian
Sekian, Memori Tercipta!