Dapatkan Kupon PTS Sempena KL International Book Fair 2011!!!

Monday, September 6, 2010

Yeay, Balik Kampung!!!


Balik kampong... wowowow.... Balik kampong....

Hati girang....

Hahaha... dah lama tak tgk tv... duk kat kolej, bukan kata nak tonton tv, tgk kotak tv pon tak sempat... ish ish ish... Balik umah aku nak tonton tv, nak qadha tido dan mahu pergi jalan-jalan...

Ehem ehem... amboi, balik kampung bukannya nak tengok atau tonton tv, tido dan jalan-jalan jer tau!

Yang penting... jumpa ayah umi, adik beradik dan saudara mara... dan tak lupa juga nak ziarah kubur arwah ibu dan abang...erm... tolonglah apa-apa yang patut. Tambah pula nak dekat raya nih...

Pada hari Jumaat, 24 Ramadhan aku bertolak ke Ipoh pada pukul 5.20 ptg dan sampai pada pukul 9 malam. Umi menjemputku di Tol Simpang Pulai.
Kami makan Nasi Ayam Penyet di Taman Kanak-kanak. Hmmm... sedap... Nasi Ayam Penyet ni merupakan makanan orang Jawa. Cara masakannya berbeza dengan Nasi Ayam biasa yang pernah aku makan. Ia dihidangkan dengan nasi putih, ayam kukus, sup, sambal yang lain drpd yang lain, ulam-ulaman, tauhu goreng dan tempe. Cukup khasiatnya.

Keesokan harinya ayah bercadang untuk berbuka puasa di rumah opah di Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah. Terasa sudah lama aku tidak menziarahi Atuk, Opah dan Pak Cik Nai. Ayah kata, kelurgaku belum lagi berbuka puasa di sini kerana menunggu kepulanganku. Oleh itu, setelah aku pulang, kami bersama-sama pulang ke kampung untuk berbuka puasa dengan opah, atuk dan Pak Cik Nai.

Sesampai di kampung, kelihatan Opah dan Pak Cik Nai sudah menunggu di hadapan pintu rumah. Kami bersalaman.

“Opah, sehat???” aku bertanya.

“Hish, sehat eh... bukan setakat sehat, dah melompat-lompat dah!” ujar Opah ku, seronok melihat cucu-cucu dan anaknya pulang. Geli hatiku dengan jawapan Opah.

Opah dari dulu sampai sekarang sungguh aktif walaupun usia sudah meningkat Kulihat pada kali ini badan Opah semakin membongkok dan masih kurus. Ini mungkin kerana penyakit Osteophorosis yang dihidapi oleh kebanyakan warga tua.

Sesampai di kampung, atuk tidak kelihatan. Kata Opah, Atuk ke masjid. Mungkin berbuka puasa di sana.

Di dapur; “Opah, ada nak tolong apa-apa ker?” aku menawarkan diri untuk membantu Opah menghidangkan juadah berbuka puasa.

“ Tak payah, dah siap dah semuanya,” kata Opah. Opah memang cekap dalam masak-memasak nih. Aku menghidangkan makanan yang baru kami beli di bazaar Ramadhan sebelum ke Changkat Tin.

Semasa menghidangkan kuih Apom, “ Kamu nih memang tak suka makan apom dengan nyor,” kata Opah.

“ Eh, Opah tau!” Opah memang tahu makanan kegemaran dan makanan yang tidak disukai oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Firdaus, Amin, Mirul dan cucu lelakinya yang lain suka makan daging masak kicap, arwah ibuku tak suka makan ikan sungai, kebanyakan anaknya suka makan tempoyak, petai, dan jering, adik-adikku; Naqib dan Naim suka makan ayam goreng, aku pula suka makan kacang bendi. Maka kadang-kadang, Opah akan masakkan makanan kegemaran cucu atau anaknya yang pulang ke rumahnya.

“ Hish, opah gemor makan apom dengan nyor lagi,” kata opah lagi.

“Nyornya ada Opah, cuma tak campor jer,” ujarku.

Melihat keletah Opah sangat menghiburkan hati.

Azan berkumandang, kami sama-sama berbuka puasa."Cik Nai, ma’an... ma’an...” kataku kepada Pak Cik Nai mengajaknya makan. Pak Cik Nai memakan apam yang dipelawaku.

Tidak lama kemudian Atuk pulang dari masjid. Atuk pulang dengan membawa beras, gula, tepung, milo garam, dan susu. Wah, atuk pergi shoping ke? Bukan, ni sedekah daripada orang.

“Alhamdulillah,” ujar opah tanda kesyukuran. “tak payah beli dah, boleh buat kuih,” tambah Opah lagi. Kesyukuran dan kegembiraan terpancar di wajah Opah dan Atuk.

Setelah solat Maghrib, kami bertolak pulang. Semoga Atuk, Opah dan Pak Cik Nai sihat sentiasa. Hari Raya nanti kami pulang lagi!