Dapatkan Kupon PTS Sempena KL International Book Fair 2011!!!

Sunday, November 14, 2010

Seronoknya Mengerjakan Solat Sunat Dhuha



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Kawan-kawan, hari ini aku nak bercerita dengan korang pasal seronoknya mengerjakan solat sunat dhuha.

Bangun pagi, ada sahaja aktiviti yang perlu kita buat seperti membasuh baju, mandi, sarapan, baca buku, cuci pinggan, main game, menonton tv, bekerja, pergi kelas dan tak lupa juga ada yang sambung tido dan sebagainya. Kita peruntukkan masa berjam-jam untuk aktiviti kehidupan di dunia. Pernahkah anda terfikir, kita hanya meluangkan masa (bersolat) dengan Allah hanya beberapa minit. Oleh itu aku nak mengajak korang dan diri sendiri untuk meluangkan masa 2-5 minit sahaja dengan menunaikan solat sunat dhuha.

Kawan-kawan, seronok sebenarnya mengerjakan solat sunat dhuha di waktu pagi iaitu antara pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi... suasananya sangat tenang. Ia boleh menenangkan fikiran yang sedang berserabut dengan bermacam-macam masalah dan timbunan kerja.

Untuk mengerjakan solat sunat dhuha mudah sahaja. Ia seperti solat sunat yang lain iaitu 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam). Ada pelbagai cara untuk mengerjakannya. Tapi niatnya tetap sama iaitu:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Maksudnya: Sahaja aku mengerjakan solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.

Salah satu caranya ialah dengan membaca tasbih 10 kali setelah selesai solat iaitu:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

Maksudnya: "Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Kemudian, baca doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya: "Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Tetapi, selalunya aku hanya mengerjakan solat sunat dhuha seperti solat sunat biasa iaitu
tanpa mengamalkan tasbih di atas. Memadai dengan niat kerana niat itu lebih penting. Dan membaca doa selepas solat sunat dhuha dengan doa sendiri.

Baiklah, sudah faham cara mengerjakannya???
Sekarang aku nak cerita kelebihannya pula! Banyak kelebihannya...

Kelebihan 1: Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :

Allah telah berfirman:“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Kelebihan 2: Solat Sunat Dhuha merupakan satu sedekah.

Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Kelebihan 3: Membuka pintu-pintu rezeki.

Seperti di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Kelebihan 4: Mendapat keampunan Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


Kelebihan 5: Mendapat kebaikan di Akhirat, iaitu sebuah Mahligai daripada Emas.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kelebihan 6: Lebih banyak rakaat yang dikerjakan, lebih baik.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Kelebihan-kelebihan tersebut dicopy paste daripada blog an open book.
Terima kasih diucapkan kepada pemilik blog, kerana membolehkan aku mengopy dan mengepastekan ke dalam blog aku untuk tatapan kawan-kawan dan diri sendiri.

Jadi, sebagai penutup, aku nak galakkan korang dan diri aku sendiri mengerjakan solat sunat dhuha disamping solat-solat yang wajib kita lakukan...Semoga kebaikannya diperolehi. Insya Allah...

Sekian... Assalamualaikum.