Dapatkan Kupon PTS Sempena KL International Book Fair 2011!!!

Friday, November 12, 2010

Manusia Tidak Terlepas Daripada Melakukan Kesalahan


. ﺍﻠﺴﻸﻤﻌﻠﻳﮑﻡ

ﻛﺍﻠﻲ ﺇﻴﻥ ﺍﻛو ﺇﻴﻏﻳﻥ ﺑﺭﺑﻴﭽﺎﺭﺍ ﺘﻨﺘﻎ ﺴﺴوﺍﺘو. ﻤوﻏﻜﻴﻥ ﺇﻱ ﺒﺭﮐﺈﻴﺘﻥ ﺩﻏﻥ ﺃﭪ ﻴﻎ ﺃﺩ ﺩﺩﺍﻠﻡ ﻫﺎﺘﻲ ﺃﺗﻭ ﺩﺩﺍﻠﻡ ﻛﻭﺗﺎﻙ ﻔﻴﻜﻴﺭﻨﻜﻭ.

ﺍﻛﻭ ﺑﻭﻛﻨﻠﻪ ﺴﺄﻭﺭﻍ ﻴﻎ ﺴﻤﭭﻭﺭﻨﺎ. ﻤﻐﻛﻴﻥ ﺍﺩ ﻛﻛﻭﺭﻏﻥ ﺩﻤﺎﻥ- ﻣﺎﻥ. ﻧﺎﻣﻭﻥ ﺍﷲ ﺘﻠﻪ ﻤﻧﭽﯿﭭﺘﺎ ﻣﺄﻧﺴﻲ ﺩﻏﻥ ﺴﺑﺈﯿﻙ - ﺑﺈﯿﻙ ﻛﺠﺎﺩﯿﻥ. ﺼﺑﺣﺎﻥ ﺍﷲ , ﺍﻛﻭ ﺒﺭﺸﻭﻛﻭﺭ ﺩﻏﻥ ﻨﻌﻤﺔ ﻳﻎ ﺃﻏﻜﺎﻭ ﻛﻭﺭﻨﻳﺎﻛﻥ . ﺴﺘﻳﺎﭪ ﻨﺎﻔﺹ ﻫﻤﺑﺎﻤﻭ ﺘﻳﺩﻕ ﭭﺭﻧﻪ ﺩﺘﻭﻧﺘﻭﺕ ﺩﻏﻥ ﻭﺍﻍ ﺭﻳﻐﻜﻳﺕ. ﺃﻏﻜﺎﻭ ﺘﻭﻫﻥ ﻳﻎ ﻤﻬﺎ ﭭﻤﻭﺭﺍﻩ.

ﺴﺒﺎﻛﺎﻱ ﺴﺄﻭﺭﻍ ﻤﺄﻨﺴﻲ ﺘﻴﺩﻕ ﺘﺭﻠﭭﺱ ﺩﺍﻠﻡ ﻣﻠﻜﻭﻛﻥ ﻛﺴﺍﻠﻬﻥ. ﺃﻭﻠﻳﻪ ﺇﻳﺗﻭ ﻛﻳﺕ ﭭﺭﻠﻭ ﻤﻨﺎﺻﺣﺗﻲ ﺍﻨﺗﺎﺭﺍ ﺴﺎﺗﻭ ﺴﺎﻡ ﻹﻳﻥ. ﻤﺄﻨﺴﻲ ﺠﻭﻛﺎ ﺴﺭﻳﻎ ﻠﻭﭭﺎ. ﻤﺎﻙ . ﻛﻳﺕ ﭭﺭﻠﻭ ﺴﺎﻠﻳﻎ ﺇﻳﻐﺔ - ﻤﻐﺈﻳﻐﺎﺗﻲ.

ﺠﺎﺩﻱ , ﺗﻜﻭﺭﻠﻪ, ﺇﻳﻐﺘﻜﻨﻠﻪ , ﺩﺍﻥ ﻧﺎﺻﺣﺗﻳﻠﻪ ﺍﻛﻭ ﺒﻳﻼ ﻣﺎﻥ ﺍﻛﻭ ﺒﺭﺍﺩ ﺩﺍﻠﻡ ﻛﺠﺎﺣﻴﻼﻥ ﺩﺍﻥ ﻣﻼﻛﻭﻛﻥ ﻛﺴﺎﻠﻬﻥ. ﺘﻛﻭﺭﻠﻪ ﺍﻛﻭ ﺩﻏﻥ ﺒﺭﺣﻛﻤﻪ.

ﺇﻨﺸﺄﷲ ﺍﻛﻭ ﺍﻛﻥ ﺒﺭﺃﻭﺴﻬﺍ ﻤﻤﭭﺭﺒﺈﻳﻛﻲ ﺩﻳﺭﻱ ﺍﻭﻨﺗﻭﻕ ﻤﻧﺠﺎﺩﻱ ﻟﺒﻳﻪ ﺒﺈﻳﻙ. ﺍﻛﻭ ﺠﻭﻛﺍ ﺇﻳﻐﻳﻥ ﺒﺭﺘﺭﻳﻤﺎ ﻛﺎﺴﻳﻪ ﮐﭭﺎﺩ ﺻﺤﺑﺔ ﻳﻎ ﺑﺎﯩﻕ ﻤﻨﺎﺻﺤﺘﻳﮐﻭ ﺩﺍﻥ ﻤﻧﮐﻭﺭ ﻛﺻﺎﻠﻬﻧﮐﻭ. ﺘﺭﻳﻣﺎﻛﺴﻳﻪ ﺻﺤﺑﺔ!

Monday, November 8, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi 2010/2011


Wahai penduduk UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA sekalian,

Selamat menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2010/2011.
Esok akan bermulalah perjuangan kita menilai tahap kefahaman dan keilmuaan di dada selama satu semester menuntut ilmu, mendengar lecture dari LECTURER yang berilmu.
Pastikan semua PeRaLaTaN PePeRaNgAn telah siap disediakan di dalan kotak pensel.
Pastikan PaKaIaN PeRaNg telah siap digosok.
Pastikan juga sLiP PeNdAfTarAn KuRsUs dan KaD MaTriKs telah disediakan...
Dan pastikan juga anda siap sedia dari segi MeNtAl & FiZikAl...
Oh ya, jangan lupa bawa OtAk sekali, jangan tercicir ya...
Akhir sekali jgn lupa bertawakkal kepada ALLAH swt. dan berdoa kepadanya sebelum ke MeDaN PePeRaNgaN...Semoga Allah memberi kemudahan dan ketenangan semasa menjawab peperiksaan.

Semoga apa yang telah kita pelajari dapat dimanfaatkan untuk masa hadapan demi AGAMA ISLAM TERCINTA.

SELAMAT BERJUANG SEMUA!!!

Wednesday, November 3, 2010

Adakah Makanan Kita Halal dan Berkhasiat???

Bismillahirrahmanirrahim.
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni aku nak cakap pasal MAKANAN.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Beberapa hari yang lepas, aku dan beberapa orang sahabat yang lain disyakki mengalami keracunan makanan. Kami mengalami simptom-simptom seperti sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah, dan pening kepala. Beberapa kali ulang-alik ke bilik air. Bilik air tu pon dah bosan asyik jumpa muka yang sama jer...

Jadi, adakah makanan menjadi puncanya???
"Ya, sudah semestinya!"

"Atau mungkin simptom itu merupakan simptom tekanan atau stress??? maklumlah student!!! banyak benda kena PK! (macam perdana menteri plak...).Tambah pulak sedang musim exam nih."

"Ha'a lah, ya tak ya juger...."

"Tapi aku pasti ni sebab makanan..."

Setiap penyakit datangnya dari perut, dan apa yang menyebabkan ia sakit, sudah semestinya makanan.

Kalau korang nak tahu, beberapa punca makanan kita seperti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan, ayam dan sebagainya ada yang mengandungi bahan toxic. Sebagai contoh, pekebun-pekebun kebanyakannya menyembur racun untuk mengelakkan sayur yang ditanam dimakan serangga. begitujuga dengan buah-buahan. Bukan itu sahaja, dengan kepesatan teknologi masa kini, untuk menghasilkan ayam yang gemuk dan dalam kuantiti yang banyak ayam disuntik hormon. Ayam jenis ini sekiranya dimakan akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan kita. Selain itu, laut di dunia ada yang telah tercemar. Ikan yang ditangkap di perairan laut yang tercemar juga tercemar. Dan manusia yang tidak tahu dari mana datangnya ikan itu akan makan dengan lahapnya. Bacalah artikel KOSMO ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Itu baru bahan-bahan mentah yang tercemar. Kita cerita pula bagaimana makanan kita di sediakan. Bagi pendapat aku, sekiranya kita makan makanan yang dimasak sendiri di rumah, kita akan berasa selamat dengan makanan yang kita makan. Namun, sekiranya kita memakan makanan yang dibeli di luar, kedai di tepi jalan, dan sebagainya 80% (peratusan sendiri) adalah tidak selamat.

Lihatlah berapa banyak makanan yang perlu mereka sediakan dalam masa yang singkat. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memastikan makanan yang disediakan itu 100% bersih. Kita juga tidak tahu cara mereka memasak dan tidak tahu adakan bahan mentah itu dibasuh dengan bersih, sekurang-kurangnya dibasuh dengan 3 kali basuhan sambil bersalawat. Malah kita juga tidak tahu dari mana asalnya bahan-bahan mentah itu. Masya Allah....

Sebagai student, aku tidak mampu untuk menyediakan makanan sendiri kerana kesuntukan masa dan kewangan. Aku pernah juga memasak sendiri semasa semester dua kerana ketika itu dapur disediakan. Namun, bahan mentah selalu dibazirkan. Hal ini terjadi kerana aku hanya masak makanan dalam kuantiti yang sedikit. Bahan mentah pula terpaksa dibeli dalam kuantiti yang banyak. Untuk semester ini, dapur tidak lagi disediakan atas sebab-sebab tertentu. Maka terpaksalah menjamah makanan di tempat yang sama iaitu di dalam UNIVERSITI TERKEMUKA INI...

Satu lagi artikel daripada blog lain yang mungkin boleh dibaca dan diambil contoh dan pengajaran tenteang makanan dan pemakanan: Makanan halal, bersih dan sempurna




Sunday, October 31, 2010

Kesepian


Sepi hati,
terjadi lagi,
mungkin sampai mati aku sepi,
biar senyum hadir di hariku,
namun ini hanya ada di bibir, di bibir saja
aku ingin yg bisa mengerti
walaupun yang lalu mahu mengerti....

Adoiai, sepi sungguh aku dengar lagu nih! Dah lah blok enggang ni sepi....
lagi sepi aku dengar lagu nih! chet...

Minggu ni minggu study week, so ramai penghuni blok telah pulang ke kampung masing2... Nak mencari sumber ilham katanya... Ada yang nak menenangkan kepala otak... Ada yang rindu kat family... hm.... aku tak rindu ker??? weh, mestilah RINDU!!!

Rumate aku pon balik... asal aku tak balik ha???
Arghhhh.... jauh di sudut ati mau balik, melihat adik2 apa jadi ntah kat umah tu... haish...risau2... memikirkan makan minum ayah ntah dijaga atau tak... haip... risau2...
Kenapa aku tak balik??? Why2??

Sebab kalau aku balik, aku tak study... Masya Allah... hm tu aku...
Ayah sorry kngah lambat balik kali ini... lepas cuti rayer sampai skrg tak balik2... masya allah...
Ku doakan kalian di rumah selamat2 dan sihat2 semuanya. Moga nt aku sampai umah tak macam tongkang pecah umah tu... haip... jenuh aku nak kemas nt... Masya Allah...

Kali ni aku kena pg kem kepimpinan, so, aku akan balik Ipoh 2 Disember, Insya Allah...
Cakap pasal kem kepimpinan, 22-24 Nov aku akan mengikuti kem yang dianjurkamn oleh PMIUPM di Sukida Semenyih, pastu 26-1 disember, aku ada kem kepimpinan yang dianjurkan oleh Kolej Kedua di Puchong. Last sekali aku ada Kursus Induksi AJKO KMPk dan Malam Interpretasi Harapan iaitu pada 10-12 Dis di Kolej Matrikulasi Perak.. waaaahhh... fulll jadual aku..... Lepas ni klu tak jadi pemimpin aku tak tau nak kata apa... hahaha...

ops... niat aku masuk nak timba ilmu dan tambah pengalaman... insya allah... moga aku dapat manfaat dari ketiga-tiga kem atau kursus itu...


Arghh.... aku keseorangan di bilik ini!!!
Mana sahabat2 sekalian???

"Kami Balik Rumah lah Farah!"
"Kami Outing Lah Farah!"
"Kami Pergi Enjoy lah Farah"
"Hang duk bilik, STUDY!" lagi 8 hari nak final! Sedaq dighi sikit!

Sunday, October 24, 2010

Tanggungjawab Hanya Kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum...

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab sendiri. Sama ada sebagai seorang ibu bapa, anak, sahabat, pelajar, pemimpin dan sebagainya. Apabila seseorang telah memegang tanggungjawab itu, maka, adalah wajib baginya untuk melaksanakan tugasnya. Namun begitu, perlu diingatkan, laksanakanlah tanggungjawab itu dengan keikhlasan hati hanya kerana Allah swt.

Aku sebagai manusia yang lemah sedang mendidik diri melakukan setiap perkara hanya kerana Allah. Hal ini kerana, kadang-kadang apabila kita berkobar-kobar untuk melaksanakannya, ada sahaja halangan yang menimpa. Sebagai contoh, kita tidak mendapat sokongan atau bantuan dari orang di sekeliling terutamanya orang yang terlibat. Semangat kita mungkin terputus begitu sahaja. Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan ialah dengan memujuk hati dan diri bahawa itu hanya ujian daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia ingin menguji keimanan dan kesungguhan kita.

Di mana-mana sahaja, apabila ada sahaja aktiviti yang melibatkan kerohanian, bilangan umat Islam yang mengikutinya sangatlah sedikit. Tapi, apabila aktiviti kebudayaan yang dijalankan, berpusu-pusu manusia ingin menontonnya. Itulah ujian yang Allah berikan kepada manusia sekaliannya. Menguji kesabaran orang yang menganjurkan aktiviti kerohanian dan menguji keimanan orang yang perlu membuat pilihan sama ada ingin melangkah kaki menuju kepada hiburan mahupun kepada kerohanian.

Sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab, laksanakanlah sesuatu itu kerana Allah. Sekiranya kita sentiasa ingat kepada Allah, maka kita sepatutnya telah membuat pilihan yang betul demi masa depan kita di dunia dan akhirat. Selain itu, apabila Allah menjadi yang utama, kita akan menjadi tenang. Kerja yang dilakukan juga menjadi senang. Semoga apa yang kita laksanakan dirahmati Allah swt.

Saturday, October 23, 2010

Wanita Akal Senipis Rambutnya


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Diambil daripada : http://daawah.com

Friday, October 22, 2010

Selamat Hari Jadi Ibu...

22 Oktober,
Ku masih lagi terbayang saat aku dan adik-adik membuat kejutan hari jadi untukmu.
Ku masih lagi terbayang, saat senyuman terpancar di wajahmu,
Pabila melihat anak-anak mu mncul dengan membawa hadiah hari jadi untukmu,
Menyanyikan lagu hari jadi untukmu,
Kebahagiaan jelas terpancar di wajahmu.
Aku masih lagi terbayang saat itu.

Hanya itu yang mampu kami berikan kepadamu ibu,
Tak mampu kami balas segala jasa, kasih sayang, pengorbanan, dan didikan yang telah kau berikan kepada kami wahai ibu,

Ku masih lagi terbayang, saat engkau menidurkan ku sewaktu kecil,
Kau ceritakan aku cerita Sang Kancil dan Sang Buaya,
Kau ajarkan aku bacaan doa sebelum tidur.
Kau periksa bilik tidurku agar tiada seekor nyamuk pun yang akan menggigit dan mengganggu ku sewaktu tidur.

Ku masih lagi terbayang semangatmu mencari rezeki.
Takkan ku lupa..

Walaupun kau tiada di sini, bersamaku,
namun, kau tetap di hatiku selama-lamanya.
Engkau lah ibu yang terbaik yang ku sayangi dan ku cintai.

Semoga rohmu dicucuri rahmat.
Al- Fatihah buat ibuku...