Dapatkan Kupon PTS Sempena KL International Book Fair 2011!!!

Sunday, October 24, 2010

Tanggungjawab Hanya Kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum...

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab sendiri. Sama ada sebagai seorang ibu bapa, anak, sahabat, pelajar, pemimpin dan sebagainya. Apabila seseorang telah memegang tanggungjawab itu, maka, adalah wajib baginya untuk melaksanakan tugasnya. Namun begitu, perlu diingatkan, laksanakanlah tanggungjawab itu dengan keikhlasan hati hanya kerana Allah swt.

Aku sebagai manusia yang lemah sedang mendidik diri melakukan setiap perkara hanya kerana Allah. Hal ini kerana, kadang-kadang apabila kita berkobar-kobar untuk melaksanakannya, ada sahaja halangan yang menimpa. Sebagai contoh, kita tidak mendapat sokongan atau bantuan dari orang di sekeliling terutamanya orang yang terlibat. Semangat kita mungkin terputus begitu sahaja. Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan ialah dengan memujuk hati dan diri bahawa itu hanya ujian daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia ingin menguji keimanan dan kesungguhan kita.

Di mana-mana sahaja, apabila ada sahaja aktiviti yang melibatkan kerohanian, bilangan umat Islam yang mengikutinya sangatlah sedikit. Tapi, apabila aktiviti kebudayaan yang dijalankan, berpusu-pusu manusia ingin menontonnya. Itulah ujian yang Allah berikan kepada manusia sekaliannya. Menguji kesabaran orang yang menganjurkan aktiviti kerohanian dan menguji keimanan orang yang perlu membuat pilihan sama ada ingin melangkah kaki menuju kepada hiburan mahupun kepada kerohanian.

Sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab, laksanakanlah sesuatu itu kerana Allah. Sekiranya kita sentiasa ingat kepada Allah, maka kita sepatutnya telah membuat pilihan yang betul demi masa depan kita di dunia dan akhirat. Selain itu, apabila Allah menjadi yang utama, kita akan menjadi tenang. Kerja yang dilakukan juga menjadi senang. Semoga apa yang kita laksanakan dirahmati Allah swt.

Saturday, October 23, 2010

Wanita Akal Senipis Rambutnya


Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Diambil daripada : http://daawah.com

Friday, October 22, 2010

Selamat Hari Jadi Ibu...

22 Oktober,
Ku masih lagi terbayang saat aku dan adik-adik membuat kejutan hari jadi untukmu.
Ku masih lagi terbayang, saat senyuman terpancar di wajahmu,
Pabila melihat anak-anak mu mncul dengan membawa hadiah hari jadi untukmu,
Menyanyikan lagu hari jadi untukmu,
Kebahagiaan jelas terpancar di wajahmu.
Aku masih lagi terbayang saat itu.

Hanya itu yang mampu kami berikan kepadamu ibu,
Tak mampu kami balas segala jasa, kasih sayang, pengorbanan, dan didikan yang telah kau berikan kepada kami wahai ibu,

Ku masih lagi terbayang, saat engkau menidurkan ku sewaktu kecil,
Kau ceritakan aku cerita Sang Kancil dan Sang Buaya,
Kau ajarkan aku bacaan doa sebelum tidur.
Kau periksa bilik tidurku agar tiada seekor nyamuk pun yang akan menggigit dan mengganggu ku sewaktu tidur.

Ku masih lagi terbayang semangatmu mencari rezeki.
Takkan ku lupa..

Walaupun kau tiada di sini, bersamaku,
namun, kau tetap di hatiku selama-lamanya.
Engkau lah ibu yang terbaik yang ku sayangi dan ku cintai.

Semoga rohmu dicucuri rahmat.
Al- Fatihah buat ibuku...

Monday, September 6, 2010

Yeay, Balik Kampung!!!


Balik kampong... wowowow.... Balik kampong....

Hati girang....

Hahaha... dah lama tak tgk tv... duk kat kolej, bukan kata nak tonton tv, tgk kotak tv pon tak sempat... ish ish ish... Balik umah aku nak tonton tv, nak qadha tido dan mahu pergi jalan-jalan...

Ehem ehem... amboi, balik kampung bukannya nak tengok atau tonton tv, tido dan jalan-jalan jer tau!

Yang penting... jumpa ayah umi, adik beradik dan saudara mara... dan tak lupa juga nak ziarah kubur arwah ibu dan abang...erm... tolonglah apa-apa yang patut. Tambah pula nak dekat raya nih...

Pada hari Jumaat, 24 Ramadhan aku bertolak ke Ipoh pada pukul 5.20 ptg dan sampai pada pukul 9 malam. Umi menjemputku di Tol Simpang Pulai.
Kami makan Nasi Ayam Penyet di Taman Kanak-kanak. Hmmm... sedap... Nasi Ayam Penyet ni merupakan makanan orang Jawa. Cara masakannya berbeza dengan Nasi Ayam biasa yang pernah aku makan. Ia dihidangkan dengan nasi putih, ayam kukus, sup, sambal yang lain drpd yang lain, ulam-ulaman, tauhu goreng dan tempe. Cukup khasiatnya.

Keesokan harinya ayah bercadang untuk berbuka puasa di rumah opah di Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah. Terasa sudah lama aku tidak menziarahi Atuk, Opah dan Pak Cik Nai. Ayah kata, kelurgaku belum lagi berbuka puasa di sini kerana menunggu kepulanganku. Oleh itu, setelah aku pulang, kami bersama-sama pulang ke kampung untuk berbuka puasa dengan opah, atuk dan Pak Cik Nai.

Sesampai di kampung, kelihatan Opah dan Pak Cik Nai sudah menunggu di hadapan pintu rumah. Kami bersalaman.

“Opah, sehat???” aku bertanya.

“Hish, sehat eh... bukan setakat sehat, dah melompat-lompat dah!” ujar Opah ku, seronok melihat cucu-cucu dan anaknya pulang. Geli hatiku dengan jawapan Opah.

Opah dari dulu sampai sekarang sungguh aktif walaupun usia sudah meningkat Kulihat pada kali ini badan Opah semakin membongkok dan masih kurus. Ini mungkin kerana penyakit Osteophorosis yang dihidapi oleh kebanyakan warga tua.

Sesampai di kampung, atuk tidak kelihatan. Kata Opah, Atuk ke masjid. Mungkin berbuka puasa di sana.

Di dapur; “Opah, ada nak tolong apa-apa ker?” aku menawarkan diri untuk membantu Opah menghidangkan juadah berbuka puasa.

“ Tak payah, dah siap dah semuanya,” kata Opah. Opah memang cekap dalam masak-memasak nih. Aku menghidangkan makanan yang baru kami beli di bazaar Ramadhan sebelum ke Changkat Tin.

Semasa menghidangkan kuih Apom, “ Kamu nih memang tak suka makan apom dengan nyor,” kata Opah.

“ Eh, Opah tau!” Opah memang tahu makanan kegemaran dan makanan yang tidak disukai oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Firdaus, Amin, Mirul dan cucu lelakinya yang lain suka makan daging masak kicap, arwah ibuku tak suka makan ikan sungai, kebanyakan anaknya suka makan tempoyak, petai, dan jering, adik-adikku; Naqib dan Naim suka makan ayam goreng, aku pula suka makan kacang bendi. Maka kadang-kadang, Opah akan masakkan makanan kegemaran cucu atau anaknya yang pulang ke rumahnya.

“ Hish, opah gemor makan apom dengan nyor lagi,” kata opah lagi.

“Nyornya ada Opah, cuma tak campor jer,” ujarku.

Melihat keletah Opah sangat menghiburkan hati.

Azan berkumandang, kami sama-sama berbuka puasa."Cik Nai, ma’an... ma’an...” kataku kepada Pak Cik Nai mengajaknya makan. Pak Cik Nai memakan apam yang dipelawaku.

Tidak lama kemudian Atuk pulang dari masjid. Atuk pulang dengan membawa beras, gula, tepung, milo garam, dan susu. Wah, atuk pergi shoping ke? Bukan, ni sedekah daripada orang.

“Alhamdulillah,” ujar opah tanda kesyukuran. “tak payah beli dah, boleh buat kuih,” tambah Opah lagi. Kesyukuran dan kegembiraan terpancar di wajah Opah dan Atuk.

Setelah solat Maghrib, kami bertolak pulang. Semoga Atuk, Opah dan Pak Cik Nai sihat sentiasa. Hari Raya nanti kami pulang lagi!


Thursday, September 2, 2010

MuSiM BeRaKtiViTi Di KoLeJ

Lokasi: Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia
Situasi: Musim Beraktiviti

Hari demi hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.
Setiap Sekretariat kini sedang berlumba-lumba mengadakan aktiviti untuk kolegiat Kolej Kedua.
Go Green, Majlis Malam Amal & Buka Puasa Perdana, Program Pengurusan Jenazah, Qiamullail & Sahur Perdana, Majlis Khatam Al-Quran, Family Day, Raya Perdana, Open Blok, Hari Keusahawanan dan pelbagai lagi aktiviti yang akan dijalankan.

Wah, hebat benor mahasiswa Kolej Kedua nih!

Bukan apa, ini menunjukkan, mahasiswa Kolej Kedua mampu mengadakan event2 yang beso! hm...Mungkin ada antara kita terasa terbeban kerana perlu menghadiri mesyuarat hampir setiap hari bagi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan baik.

Namun, ketahuilah bahawa ada objektif disebalik aktiviti yang diadakan, dan ada hikmah mengapa anda dipilih menjadi AJK pelaksana. Sebagai contohnya, dengan melibatkan diri sebagai AJK pelaksana majlis, pengalaman dan ilmu dapat dikongsi dengan AJK-AJK yang lain. Pengalaman menjadikan kita lebih matang. Mendidik diri menjadi lebih bertanggungjawab. Selain itu, melalui aktiviti kolejlah, 'softskill' seperti kemahiran berkomunikasi dapat di'polish'...

"Kat mana lagi korang leh belajar softskill ini kalau bukan dari penganjuran aktiviti?" kata kebanyakan Majlis Tertinggi Mahasiswa.

Pahit manis, suka duka yang dihadapi menjadi kenangan yang berharga apabila majlis berjalan dengan lancar dan mendapat komen yang memberangsangkan. Apa yang baik datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang kurang itu datang dari diri kita sendiri dan ketentuan Allah s.w.t.

Bagi kolegiat lain, penglibatan kalian amat diharapkan. Ini kerana, di waktu beginilah kita dapat bergembira dan beramah mesra dengan sahabat yang lain. Tambahan pula, inilah masanya untuk mengumpul merit! heheheh. Bukan itu jer, yang lebih penting ilmu yang diperoleh melalui program yang dianjurkan.

Tapi, aktif, aktif jugak! Pelajaran jangan diabaikan...

"Sebagai mahasiswa, kita perlu pandai membahagikan masa", kata orang yang lebih berpengalaman.

Situasi kini menjadi rumit apabila seseorang mahasiswa memegang satu jawatan namun tidak dapat memberikan komitmen kepada pelajaran. Setengah orang boleh buat kerja dalam satu masa, tapi setangah lagi adalah sebaliknya. Maka, tonggeng-terbaliklah kehidupannya...

Jadi, diharapkan sebagai seorang mahasiswa, kita dapat menangani situasi ini denagn bijak agar kehidupan menjadi lebih teratur.

Tuesday, August 31, 2010

Bersyukur ke Hadrat Illahi


Alhamdulillah,
Bersyukur ke hadrat Illahi,
Hari ini genap 53 tahun Malaysia Merdeka,
Terima kasih pejuang-pejuang negara,
Tanpa kalian kami mungkin tidak dapat menikmati keamanan negara,


Alhamdulillah,
Bersyukur ke hadrat Illahi,
Hari ini merupakan Ramadhan yang ke 21.
Diharapkan hari-hari yang berbaki di Bulan Ramadhan ini digunakan sebaik mungkin,
Diharapkan juga kita dapat menemui Lailatul Qadar.
Tidak diketahui sama ada Ramadhan yang akan datang dapat kita temui sekali lagi,
Maka, sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini,
Moga apa yang telah dipraktikkan di bulan yang mulia ini dapat diistiqamah pada bulan-bulan yang lainnya.
Insya Allah...